welcome

assalamualaikum..annyeong..radhiah imnida!!.


Monday, 24 December 2012

..new band!!!


After two years of co-production between South Korea’s CJ E&M and China’s Super Jet Entertainment, the new 6-member global group, TimeZ will debut on October 18. The rookie group consists of four Chinese and two Korea members. Since October 8, a total of six member teasers and one group teaser were released and have been gaining much attention.

The group’s debut song is titled, ‘Idol Man Man Sae’ and is a lively dance song that will show the bright energy of TimeZ.
With the message of “the idols who exist for the fans,” this debut song is one that can be applied to both South Korea with its existing idol popularity, and China, where the idol culture is growing. Also, with a simple but memorable melody, the song includes an addicting chorus with the lyrics ‘man man sae’ (万万岁), which can sound obscure but somewhat familiar to the ears.



■ The Meaning of TimeZ
TimeZ consists of the words time+zoom. With the two words, the name means, “Time, the focus of time,” and “You grow together with time.” To share the most precious moments in life together and become a great support to everyone is the true meaning behind the name and the goal of TimeZ.





■ TiMEZ Member Profiles

Mao Ruo Yi
He is a 17-year old who has perfected ballet ever since he was young. With a handsome face and good manners, Ruo Yi embraces the character of classic elegance and a distinguished image similar to Confucius.



Name: Mao Ruo Yi
Nationality: China
Birthdate: November 16, 1995
Zodiac Sign: Scorpio
Blood Type: O
Height/weight: 178cm/65kg
Team Position: Rap, Dance
Talents: Different types of performance dance, Cover dance
Personality: For the most part, quiet
Most Confident Body Part: Nose, Lips
Life Goal: To become a great actor or MC and to create own fashion brand.
 



Liu Guan Xi

Lui Guan Xi is the second to youngest in the group and is the main vocal in the group with his musical talents in singing, dancing, and playing instruments. Being born into a musical family, Guan Xi has a grandmother who is a talented musician and theatre actress. Also, having a good command on soul music, Guan Xi surprised everyone with his elaborate technique in freely controlling every note. With his incredible musical abilities, Guan Xi has the image of an extraordinary music genius.



Name: Lui Guan Xi
Nationality: China 
Birthdate: April 10, 1994
Zodiac Sign: Aries  
Blood Type : B
Height/weight :175cm / 55kg
Team Position : Main Vocal, Dance
Talents : Pipa (Chinese Traditional Instrument), Piano, Guitar
Personality : Usually energetic, but likes to be quiet at times  
Most Confident Body Part : Eyes
Life Goal : To become a famous celebrity

-->


Kim Seong Hwan
With white skin, hazy gazes, and a warm heart, Kim Seong Hwan has a unique charm within his expressions. Seong Hwan is skilled in singing and dancing, especially with popping and locking. He holds a dream of becoming a singer that everyone loves and has a playful and bubbly personality, although at times, he can also be quite wacky. Seong Hwan really likes people who treat him very kindly. He enjoys hiking, and in between practices, he likes playing games with his team members. Also, his ideal woman is someone who is warm and soft-hearted like his mother.
 


Name: Kim Seong Hwan
Nationality: South Korea 
Birthdate: August 10, 1993
Zodiac Sign: Leo  
Blood Type : B
Height/weight :180cm / 64kg
Team Position : Dance, Sub-vocal
Talents : Different kinds of dance, Sports
Personality : Energetic, but can be timid. Overall, very bright.  
Most Confident Body Part : Nose, ears
Life Goal : To become a successful singer
 
 



Lee Hyung Joo
With well-defined facial features, Lee Hyung Joo has a very handsome face with rebellious and chic charms. Hyung Joo enjoys cleaning, filming videos, making high-pitch noises, and taking walks by himself. He always sleeps hugging a pillow. In his resume under the religion section, he wrote, “Hyung Joo,” showing his bold personality, and he likes girls who are pretty even without make-up. His dream is to become a famous director, songwriter, multi-talented entertainer, and businessman.  


 
Name: Lee Hyung Joo
Nationality: South Korea 
Birthdate: March 5, 1991
Zodiac Sign: Pisces  
Blood Type : O
Height/weight :178cm / 56kg
Team Position : Main Vocal, Dance
Talents : Songwriting, Taking videos and photos
Personality : Sometimes animated, sometimes quiet.  
Most Confident Body Part : Eyes, Arms, Legs
Life Goal : Director, Songwriter, Multi-talented Entertainer, Businessman
 
 



Tian Yi Chen
Tian Yi Chen learned performance dance since he was young, and graduated with a degree in performance arts from Minzu University of China. He has a sweet and soft face with a shy smile and large adorable eyes. With his team members all agreeing that being adorable is his weapon, Yi Chen is in charge of team’s cuteness. But, unlike his bright image, he’s also a boy who likes solitude.
 

 
Name: Tian Yi Chen
Nationality: China 
Birthdate: August 20, 1990
Zodiac Sign: Leo 
Blood Type : B
Height/weight :176cm / 56kg
Team Position : Dance, Sub-vocal
Talents : Traditional dance, Classical dance, Modern dance
Personality : Sometimes animated, sometimes quiet.  
Most Confident Body Part : Eyes
Life Goal : To become a celebrity (Singer, Actor) who is acknowledged by the public
 



Kong Shu Hang
Like a character from a Japanese manga, Kong Shu Hang has a slim body and a flower-boy face. He also carries a very smart and intellectual vibe with him. He has a charismatic yet surprising baritone voice. His music preferences include Pop, R&B, Rock, and other lyrical music. He also enjoys playing the drums. As the leader, he keeps the peace within the team.
 

 
Name: Kong Shu Hang
Nationality: China 
Birthdate: February 6, 1989
Zodiac Sign: Aquarius 
Blood Type : O
Height/weight :179cm / 60kg
Team Position : Leader, Main Vocal
Talents : Music composition, Drawing
Personality : Calm and gentle, optimistic, but sometimes cheesy  
Most Confident Body Part : Nose
Life Goal : To become China’s best group to give hope to many others. Personally, to become a great singer.
 





■ K-POP Stars’ Video Message
 

Saturday, 27 October 2012

assalamualaikum!!!
kat sini nak share beberapa gbr lukisan artis korea yg terpilih dlm majalah e-pop!








comel comel kan?/hihihihi...

Friday, 26 October 2012

Titanic.......





Pada 15 april 2012 yg lalu...iaitu hari ahad..genap lah 100 tahun kapalTitanic tenggelam ke dasar lautan ketika dalam perjalanan pertamanya dari Southampton,England ke New York,Amerika Syarikat.Kapal terebut telah mengorbankan 1,514 penumpang dan anak kapal.Kapal tersebut karam di bahagian utara Lautan Atlantik setelah terlanggar bongkah ais.Kapal ini juga dikenali sbg kapal kapal mewah pertama di dunia.Kapal ini dimiliki oleh syarikat White Star Line.Kapal ini hanya membawa  20 bot penyelamat.Pada pukul 2.20 minit pagi,kapal tersebut terpecah kepada dua bahagian dan mulai karam perlahan lahan.Orang yg berjaya menemuai rangka kapal Titanic ialah Dr. Robert Ballard.

Saturday, 20 October 2012

Sukarkah Mencari Sahabat Sejati?


Persahabatan itu fitrah
Sahabat itu secara fitrahnya, manusia perlukan sahabat. Tak kiralah sama ada sahabat sebagai isteri mahupun kawan sebagai seorang sahabat. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Saya yakin, anda pun tahu. Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah. Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.
Saya juga mengimpikannya dan ingin merasainya. Manisnya saat berukhuwah. Berukhuwah dengan ibubapa, abang dan adik, jiran tetangga, sahabat, rakan sekolah, guru, dan masyarakat kerana-Nya. Tapi saat ini, kita belajar di alam IPT. Maka itu, kecenderungan hubungan ukhuwah kita hanya kepada rakan-rakan atau sahabat. Berjuang bersama-sama mencapai cita-cita dijalan-Nya. 'Cemerlang Akademik dan Cemerlang Dakwah.'
Sahabat umpama pesaing
Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah ayat1 148)




Hakikat seorang sahabat
Sahabat sebenarnya ada dua macam iaitu sahabat yang membawa kita ke syuga dan sahabat yang akan mengcampakkan kita ke dalam neraka. Namun, hakikat sahabat hanya ada satu iaitu sahabat yang akan membawa kita ke syurga.
Sahabat jenis ini membuatkan kita sering mengingati Allah SWT. Apabila kita banyak mengingati Allah SWT, Hati akan menjadi tenang.
Sebagaimana firman-Nya lagi yang bermaksud;
"..perbanyakkanlah mengingati Allah SWT, kerana dengan mengingati Allah SWT, hati akan jadi tenang.."
(Surah Ar-Rad'  ayat 28)



Itulah hakikat seorang sahabat. Susah senang setia bersama. Berasa tenang ketika bersama. Berasa kekurangan ketika terpisah. Semua itu terjadi jika bahan binaannya adalah iman. Apabila ikatan ukhuwah atas dasar iman.
Yakinlah firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
(Surah ali Imran ayat 103)



Bersahabatlah semata-mata mencari redha Allah SWT. Tidak lebih dari itu! Nescaya Allah SWT akan menenangkan jiwamu. Meneguhkan kedudukanmu. Merapatkan saf atau barisan dakwahmu agar tercapai impianmu iaitu mati syahid dijalan-Nya.
Bagaimana dengan anda?
Sudahkah anda menemui sahabat seperti ini. Jika belum lagi, jangan berputus asa. Teruskan memperbaiki diri. Memohon doa kepada Allah SWT. InsyaAllah, Allah SWT akan menghadiakan sahabat yang soleh untukmu.
Yakinlah.!!



“Tengoklah Bintang Itu Andai Rindu ….”


Keheningan malam kian terasa. Deru angin yang tidak putus-putus bertiup menambahkan lagi kesejukan suasana pada malam hari. Bayangan bulan sudah tidak kelihatan dek liputan awam malam yang menghalang pancaran bulan dari turun ke bumi, begitu juga dengan ketidakhadiran bintang terang pada malam itu seolah –olah mengetahui akan kedatangan hujan .
Hani mendonggak ke arah langit mengharapkan kedatangan bintang muncul walaupun dia tahu itu semua takkan berlaku kerana hujan telah pun mulai turun sedikit demi sedikit. Hani bukannya tidak boleh menunggu tibanya hari esok, tetapi dia bimbang sekiranya hari tersebut tidak sempat dirasainya lagi . Batuknya semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari, kesakitan mula terasa kadang-kadang terasa amat perit dan pedih sekali!!.
Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa seksanya dia menahan kesakitan yang ditanggungnya sehingga menyukarkannya untuk bergerak dan tidak boleh aktif seperti dulu lagi. Dia sedar bahawa Allah sedang mengujinya ,dan kepadaNYA la dia mengadu segala keperitan dan kesakitan yang dialaminya. Dia tahu kesabaran adalah penting dalam menghadapi segala ujian itu.
Jika dulu, dia seorang yang sangat dikenali di sekolah kerana keaktifannya dalam ko-kurikulum sehingga ke peringkat negeri dan setelah tamat sekolah menengah, dia menyambung pula pengajiannya di universiti terkemuka di tanah air. Walaupun dia seorang yang gemar bersukan, namun dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya sehingga melayakanya berjaya menjejaki kaki di menara gading.
Begitu juga dari segi penjagaan ibadahnya yang sentiasa dititikberatkan seiring dengan kehidupannya, pesan ibu dan ayahnya tidak pernah dilupai supaya pandai-pandai menjaga diri dan maruah keluarga walaupun dimana sahaja berada. Kini dia sudah tidak seperti dahulu lagi, kesihatannya selalu terganggu dan sering kali berulang alik dari hospital. Mujurlah ada sahabat yang memahami keadaannya ketika itu, disaat dia memerlukan sokongan keluarga tersayang yang tidak ada didepan mata. Aisyah merupakan sahabat sebiliknya yang sentiasa memberi semangat kepadanya supaya sentiasa tabah dan sabar menghadapi semua ini.
Hani masih lagi ingat ketika doktor mengesahkan kanser paru-parunya sudah berada di tahap kritikal dan jika tidak diberi rawatan secepat mungkin, dikhuatiri boleh merebak sehingga membawa kepada kematian. Sukar untuk digambarkan perasaannya pada masa itu, hanya air mata yang berlinangan membasahi pipi.
Dia redha dengan berita yang diterimanya dan merasakan semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala kemungkinan ini. Sesungguhnya pengetahuan Allah adalah luas dan tidak terbatas, segala yang berlaku hanya DIA sahaja yang tahu.
Memang pada mulanya Hani menyangka batuk itu adalah batuk biasa, namun dari sehari ke sehari batuknya kian menjadi-jadi sehingga menjadi batuk berdarah. Semenjak dari hari itu, dia sentiasa mendapatkan rawatan susulan di hospital dan doktor menasihatinya agar selalu mengambil ubat serta tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh memenatkan dirinya sehingga boleh menyukarkannya bernafas . Symptom-symptom seperti batuk yang berterusan, sesak nafas, batuk berdarah dan sentiasa lemah dan lesu telah pun dirasainya. Namun begitu, dia tidak pernah mengeluh terhadap ujian yang dilaluinya dan tidak pernah berputus asa.
Sedar-sedar, sudah hampir empat tahun Hani berada di universiti, kini pengajiannya sudah di tahun akhir dan sedikit masa lagi dia akan menamatkan pengajiannya yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Sepanjang berada di universiti, Hani belajar seperti biasa sepertimana rakan-rakannya yang lain. Walaupun dia tahu akan keadaan kesihatannya yang tidak menentu, namun dia cuba berlagak sihat seakan –akan tidak ada apa-apa yang berlaku .
Kawan-kawannya juga tidak mengetahui akan penyakit yang dihadapinya kecuali teman roomatenya yang juga teman sekelasnya. Hani tidak mahu mereka tahu dan meminta Aisyah agar merahsiakannya daripada pengetahuan mereka. Hari demi hari, peperiksaan semakin menghampiri. Kesihatan Hani mula terganggu, dia sering batuk dan sesekali sukar untuk bernafas. Ubat -ubatnya juga sudah hampir kehabisan, dia sedar bahawa dia perlu mengambil ubat yang baru di hospital dan mendapatkan rawatan susulan yang disarankan oleh doktor.
Disebabkan kesibukan menelaah pelajaran dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, dia terlupa untuk berbuat demikian. Dia sedar, kansernya semakin teruk dari hari ke hari, dia berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam melawan penyakitnya sehingga dia dapat menghabiskan peperiksaannya yang terakhir.
Peperiksaan terakhir yang diambil oleh Hani telah pun selesai. Hani memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan terus bernafas hingga ke saat ini. Segala urusan pengajiannya telah pun selesai, hanya Cuma tinggal keputusannya sahaja. Masing-masing bersalaman antara satu sama lain tanda perpisahan. Selepas ini mereka akan membawa haluan masing-masing. Mereka juga berharap akan bertemu lagi pada suatu hari nanti pada hari Konvokesyen.
Tetapi bagi Hani, dia tidak pasti sama ada dia masih ada ataupun tidak pada hari tersebut. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala yang akan berlaku. Hani sedar harapan untuk dia sembuh adalah sukar dijangka. Hani tahu hanyasanya dia tidak punya banyak waktu dan sampaikan bilakah dia mampu bertahan, hanya masa yang menentukan.
*****
Aisyah, sahabat karibnya tidak sampai hati untuk berpisah, mereka telah lama bersama dalam mengharungi suka duka semenjak awal perkenalan di universiti lagi. Tambahan pula mereka adalah rakan sebilik dan lebih memahami antara satu sama lain. Aisyah kelihatan sedih kerana sebentar sahaja lagi keluarga Hani akan tiba untuk membawanya pulang ke kampung halaman. Segala barang-barang telah pun siap dipacking dan diletakkan di dalam kotak . Aisyah pula masih lagi sibuk mengemaskan apa-apa yang patut. Sementara menunggu keluarga Hani tiba, mereka berbual-bual. Hani sempat mengerling ke arah kotak-kotak buku miliknya dan memastikan agar tiada barang yang tertinggal.
"Apa yang kau tengokkan tu? Alah... jangan risaulah tak larinya barang kau tu". Aisyah menyindir, setelah melihat kelakuan Hani yang sentiasa mengerling pada kotak barangnya sambil mengira bilangan kotak tersebut.
"Takde lah, sekadar nak memastikan semuanya ada supaya tidak ada yang tertinggal nanti. Bukannya dekat nak patah balik." Balas Hani sambil tersenyum.
Sambil itu, dia menuju ke arah beg sandangnya dan mengeluarkan sesuatu.
"Nah!, aku hadiahkan untuk kau". Hani menghulurkan sesuatu.
"Eh, apa ni Hani, birthday aku lambat lagi la". Pintas Aisyah sambil tangannya membuka bungkusan hadiah tersebut.
"Waaa..., cantiknya!". Hani hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.
"Terima kasih Hani, Sayang kau Ketat-ketat..hi..hi". Tambah Aisyah lagi.
"Ye la tu...". Balas Hani sambil memuncungkan bibirnya..  
Aisyah tergelak dengan memek muka Hani sebentar tadi  lantas memeluk sahabatnya itu erat-erat tanda terima kasih atas hadiah yang diterimanya.
"Dah..dah..dah.. lemas pulak aku ni kan kau peluk lama-lama." Sindir Hani sambil ketawa.
Aisyah hanya mencebik mendengar Hani menyindirnya. Dia senyum.
"Nanti kalau kau teringat kat aku, kau tengoklah bintang-bintang kecil kat dalam botol tu." Suara Hani seakan  mendatar. 
"InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Oh ye, boleh tak aku nak minta tolong sampaikan salam aku pada kawan-kawan kalau jumpa diorang pada konvokesyen nanti?". Pinta Hani penuh harap
Aisyah kehairanan. " Eh! Kau tak datang ke nanti? Tak bestlah macam ni...". Sambil menunjukkan mimik muka yang tidak puas hati.
"Aku tak janji la. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah aku datang ." Balas Hani.
"Okay!. Janji..?" Aisyah inginkan kepastian daripada Hani, dan Hani hanya mengangguk sekadar mengiyakan walaupun dia dapat merasakan pertemuan semula di hari konvokesyen itu tidak akan kesampaian. Namun, di sudut hatinya dia sangat mengharapkan semoga Allah memanjangkan umurnya sehingga tiba hari bersejarah itu. 
*****
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telah pun tiba. Keputusan peperiksaan sudah dikeluarkan. kebanyakkan pelajar memperolehi keputusan cemerlang dan masing-masing sangat berpuas hati akan usaha yang mereka selama ini. Begitu juga Aisyah, dia sangat gembira dan bersyukur dengan keputusan peperiksaannya. Usahanya tidak sia-sia.
Setibanya hari konvokesyen, semua graduan hadir bagi menerima ijazah masing-masing. Ada yang datang bersama keluarga, kawan-kawan dan bagi mereka yang tinggal jauh, mereka datang seawal sebelum hari kejadian dan menyewa mana-mana hotel sebagai tempat penginapan mereka. Ada juga keluarga yang tidak dapat hadir dan hanya ditemani rakan-rakan dan saudara terdekat yang tinggal berdekatan dengan universiti tersebut.
Aisyah melihat-lihat ke arah orang ramai yang berasak-asak untuk masuk memenuhi ruang dewan. Matanya tercari-cari pada satu wajah. Wajah yang tersimpan rindu. Ternyata hampa, Wajah Hani tidak juga muncul.  Setelah puas menunggu, Aisyah beransur masuk ke dewan. Kedengaran satu demi satu nama pelajar dari pelbagai falkulti diumumkan untuk sesi penyerahan ijazah, begitu juga Aisyah.
"Ummu Hani Binti Haris" Suara dari pentas bergema di dalam dewan itu.  
Aisyah segera berpaling ke atas pentas. Ingin sekali dia melihat dan bertemu dengan sahabat karibnya itu.Tetapi hampa, kerana ianya bukan Hani, penyerahan ijazahnya diambil oleh ayahnya En.haris sebagai wakil. Aisyah semakin hairan dengan ketidakhadiran sahabatnya itu. 
"Empat tahun ditunggu-tunggu, tak mungkin Hani tak datang di hari bersejarah ni?" Bisik Aisyah. 
" atau Hani.......Tak, tak.. Tak mungkin" Aisyah terus mematikan fikiran negatifnya. Dia terus mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara dan memberi kebaikan kepada sahabat karibnya itu.
Setelah upacara penyerahan sijil itu berakhir, Aisyah bertemu dengan keluarga Hani dan bertanyakan akan sahabatnya itu. Setelah diceritakan, tahulah dia bahawa sahabatnya itu telah pergi buat selama-lamanya disebabkan penyakit yang dihadapinya. Rupa-rupanya itulah hari terakhir mereka berjumpa dan masih lagi dia teringat akan pesanan sahabatnya supaya menyampaikan salam kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kini setiap kali Aisyah teringat akan sahabatnya itu, dia tidak lupa untuk sedekahkan Al –Fatihah. Kadang-kadang bila terasa rindu, dia akan melihat bintang-bintang kecil dari pemberian Hani dulu. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Hani sebelum berangkat pulang .
"Nanti kalau kau teringat kat aku,kau tengoklah bintang-bintang kecil kat dalam botol tu." Sehingga ke hari ini Aisyah masih lagi mengingati sahabatnya itu, walaupun peristiwa itu telah lama berlalu.

Saturday, 25 August 2012

chot chit chet....

assalamualaikum..@..selamat sejahtera..@anyeong..@   S̄wạs̄dī ...@..Kon'nichiwa!!!!

setelah sekian lama saya tidak menjenguk blog,akhirnya....hari ini alhamdullillah..
hihiih..dapat juga...      
baik lah..hari ini...saya ingin kongsikan pada you all 'something.."..hihhhi...cop!cop!
ha!sebelum saya menulis lebih jauh,saya ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan...
sElaMaT haRI rAyA AidILfItRI kepada semua umat islam ..dan!!..hahaha..
SeLaMAt MeNYaMbUt BuLaN keMeRdeKaAN!!MERDEKA!!

saya nak kongsi kan satu kata mutiara yang menarik perhatian saya.....
ia berbunyi..
 
   Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri anda tidak sehebat Nabi Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Nabi Yusof,
Jika hati tak setulus Zulaikha.
   Tak perlu mencari teman seteguh Nabi Ibrahim,
Andai diri anda tak sekuat Hajar...
Mengapa didamba teman sesempurna Nabi Muhammad,
Jika ada keburukan pada diri anda..
  Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
Carilah kebaikan pada dirinya..
Bersyukurlah pertemuan anda dengan teman atau sahabat
        DAN.....
DOAKAN LAH AGAR IA SENTIASA BERKEKALAN
HINGGA AKHIR HAYAT...

bila saya habis baca dan hayatinya..pada masa itulah..saya mula mengerti...
mula memahami...bahawa apa yang kita impikan,tidak mungkin akan kita capai dengan mudah.
betul tak???
 satu lagi...kata kata yang menarik perhatian ku...

    Sayang kawan..
kawan mungkin lari di kala kesusahan..
Sayang teman,,
Teman mungkin lari di kala kedukaan..
Sayang sahabat..
Sahabat mungkin lari dari kesempitan...

JUSTERU..
sayang lah Tuhan yang Esa..
kerana DIA sentiasa bersama kita..
hatta di kalakesusahan,kedukaan dan kesempitan....

ayat itu turut menginsafi saya....

baik lah sampai sini sahaja!!!esok saya kena balik asrama.....hua!!!sedih nya...
sehingga ketemu lagi!!!
assalamualaikum!!!

Saturday, 31 March 2012

Kim Hyun Joong Ajak Artis Lelaki Jaga Penampilan

Kim Hyun Joong Ajak Artis Lelaki Jaga Penampilan

Berita, Gosip, Gambar Artis & Selebriti Sensasi | Murai.com.my

Berita, Gosip, Gambar Artis & Selebriti Sensasi | Murai.com.my

Rahsia Kwanghee dan Siwan ZE:A

hA!kAlAu Nak tahu, oleh macam mana dagu anggota ZE:A,Kwanghee dan Siwan boleh menjadi
runcing,mereka ada rahsia yang boleh dikongsi bersama..
  Lihatlah foto dua sahabat itu..sedang menggunakan alat yang disangkut di bahagian dagu
hingga ke telinga bagi mendapat bentuk dagu yang runcing!!
....menurut Kwanghee...apabila mereka memakai alat tersebut,mereka perlu baring..

..ItU lAH RAHsIA mErEka untuk menDapat dagu bentuk 'V;......

Friday, 30 March 2012

Jun Ho 2PM Beramal Ke Ethiopia

HA!Setahun lepas,Jun Ho telah mengambil seorang kanak kanak Afrika sebagai anak angkat!
Sempena cuti,Jun Ho telah berkunjung ke Ethiopia untuk melakukan kegiatan amal dan
melawat anak angkatnya,Felmeta.berikut adalah gbr nya..
penyayang kan Jun Ho!!....

pantun!!!

ha.ha..ha..jom berpantun....
...sangat ajaib buahnya padi,
...menjadi emas berbatang suasa;
sangatlah sakit rasanya hati,
terkena panah penyakit cinta...

...sapu tangan warna merah,
...mari dibungkus dengan bunga;
luka di tangan nampak berdarah,
luka di hati siapa tahu..

..ambil badan kerat kerat
..mari letak haluan perahu;
sakit badan haluan dibuat,
sakit hati siapa tahu..


sebenarnya..pada 17 april nanti,kumpulan pantun sekolah saya akan bertanding!!
wish our luck!

Friday, 23 March 2012

sahabatku..anis syahirah..

assalamualaikum!!.
hari ini..saya ingin memperkenalkan sahabat ku...
sahabat ini.ku kenali sejak saya berada di tingkatan 1..
mcm mana blh kenal tu..hahaha..long story ma...
nak tahu siapa gerangan orangnya???
jeng!jeng!jeng!..hahha.
ini lah orang nya.....nama diberi..Nurul Anis Syahirah Binti Ahmad...
.....Anis dilahirkan pada 16 Disember 1996...
comel kan!!!...Anis tinggal di Sentul,Kuala Lumpur...
hahaa..dia ada 2 org adik beradik...dia anak bongsu.....
ahahah..dulu..saya n sahabat yg lain selalu gelarkan dia...(Kanak kanak Ribena)..
hahahaa....she is a funny girl..n happy go lucky!!...
dia ni peminat fanatik ULTRAMAN,DAFI.n ZAC and CODY!...
ha.....facebook dia ...(nasasyahirah)...blog dia pula....nasasyahirah.blogspot.com
cita cita nya nak jadi Ustazah CEO..pelik tak??..
bagi saya tak pun....pastu..dia bercita cita nk belajar di Mu'tah,Jordan..
power tak??!!...ha...she's favourite colour is..pink...and purple...
ini adalah gambar gambar nya....
ini adalah gambar kami waktu di sekolah...

.ha......tu dia.....actually/..ramai lagi sahabat sahabat yg saya ingin kenal kan....
tp......sblm itu..saya akan kumpulkan lagi all their pictures...hah..



Saturday, 17 March 2012

susu:minuman seribu hikmat




Susu mempunyai banyak khasiat. Di dalam Al Quran, Allah menceritakan tentang susu haiwan ternakan yang banyak manafaat kepada manusia seperti yang terkandung di dalam Surah al - Nahl : 66.

" Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. "

Susu sememangnya minuman yang berkhasiat dan sangat sesuai untuk tumbesaran bayi.

Minuman ini menjadi pilihan utama Rasulullah saw sebelum baginda dimikrajkan ke langit. Susu boleh membantu menambahkan tenaga, menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak dan pelbagai lagi kebaikannya.

Dikatakan wanita Mesir Purba mengamalkan mandi susu untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Minum secawan susu panas juga boleh membantu mereka yang menghadapi masalah tidur di waktu malam. Zat kalsium yang terdapat dalam susu membantu menenangkan urat saraf di waktu malam untuk mendapatkan tidur yang lena.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
 

pulang ke asrama..

ASSALAMUALAIKUM..hari ini..pulanglah kita ke asrama....erm..rindu lah dekat kawan kawan....
mesti banyak cerita..hahha..rasanya malam ni tidur ewat kot.
pastu..suasana di asrama mesti riuh..erm...agaknya...mcm manalah
saya akan akhiri zaman persekolahan kelak??.adui..
..masih teringat lagi..mula mula saya masuk di SMATKEM..
...susah lah juga nk sesuai kan diri...rasa takut je dgn akak akak senior..
..tapi...yang paling segar dlm ingatan...ialah...waktu..saya dan pelajar pelajar asrama
didenda oleh warden...adui...seksa rasanya...tapi..itu akan menjadi kenangan bagiku..
.hahha..tu je nak cerita....
WASSALAM....

Thursday, 15 March 2012

my friends..miss u!!!

dalam  kehidupan...rakan ibarat cermin...
pabila berjauhan..sering teringat ingat akan kenangan lama..
masih terbayang..kali pertama kita menghulurkan salam perkenalan..
ianya segar di ingatanku..




 INGAT BILA SUNYI..
RINDU BILA BERJAUHAN..
NASIHATI BILA TERLEKA..
ALANGKAH INDAH PERSAHABATAN..



sememang nya..agak payah untuk mencari sahabat sejati..
mencari rakan sejati..ibarat mencari sebiji benih..
susah sangat...
tapi..apabila kita sudah temui..jangan lah kita anggap sahabat 
tesebut ibarat bola sepak..
belum dapat,kejar!!.bila dah dapat..main tendang je..
 
sahabat itu juga macam jari..
lukanya sembuh sendiri..
hilangnya...tiada ganti....